10:07 PM Posted In Edit This 0 Comments »

AYAM PANDAN THAI


Bahan-bahan A:

5 keping isi ayam (tanpa kulit) - di potong dadu dlm 1-1/2 inci besar

daun pandan secukupnya - pilih yg lebar-lebar

bersihkan ayam toskan airnya

bersihkan daun pandan dan di lap hingga kering


Bahan-bahan B:

1 batang serai

3 ulas bawang putih

3 biji bawang kecil

sedikit kunyit

1 sb sos ikan

1 sb sos soya (dark soya sauce)

1 sk gula

1 sk serbuk lada putih - lebihkan kalau mahu lebih pedas

sedikit garam

Cara menyediakan:

1. Masukkan semua bahan B dlm blender dan di blend hingga halus.

2. Gaulkan isi ayam dgn Bahan2 kisar tadi dan perap selama sekurang2nya 1 jam

3. isikan ayam dlm daun pandan dan ikat secara baik.

4. Semasa mahu menghidang.. panaskan minyak dan goreng ayam dlm daun pandan tadi selama lima minit.. toskan minyak dan hidangkan.


tips: Ayam pandan ni boleh di buat dan di simpan dlm freezer dan goreng bila2 masa di perlukan...

0 comments: