9:12 AM Posted In Edit This 0 Comments »

SIAKAP SWEET SOUR

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

1 ekor ikan siakap (berat dlm 500gm)

Sedikit tepung jagung

5 ulas bawang putih ditumbuk lumat

1 1/2 labu bawang besar ditumbuk lumat

2 sb cili kisar

5 sb sos tomato

5 sb sos cili

2 batang serai diketuk

2 biji tomato dibelah 6

1 labu bawang besar dimayang bulat

Sedikit minyak

gula dan garam

hirisan nanas dalam tin

sedikit daun sup dan daun bawang – dihiris


Cara menyediakan:

1. Gaul ikan dengan garam dan kunyit, golekkan dalam tepung jagung.Goreng dalam minyak yang banyak sehingga masak.

2. Dalam kuali lain. Ambil sesenduk minyak goreng ikan. Panaskan dan tumis cili kisar, Apabila cili boh agak garing, masukkan bahan yang ditumbuk. Kacau sebentar.

3. Masukkan sos tomato, sos cili dan serai. Kacau sebati.

4. Masukkan gula dan sedikit garam. Jangan masuk garam lebih kerana ikan sudah ada garam. Rasa agak ada rasa masam, manis.

5. Masukkan ikan yg tlh digoreng dan ratakan kuah pada ikan.

Bila dah cukup rasa masam, masin dan manis, tabur bawang potong dan tomato. Sedia untuk dihidang. Ketika dihidang bolehlah ditabur dgn daun sup dan daun bawang serta hirisan nanas.

0 comments: