8:55 PM Posted In Edit This 0 Comments »

WAJIK DURIAN
sumber gambar:rozan blogspot

Bahan-Bahan:
1 kg beras pulut
1 kg gula melaka atau gula merah
1 liter santan
½ kg gula pasir ½ sudu teh garam
1 biji durian (diambil isinya)
2 helai daun pandan

Cara menyediakan:
1. Rendam beras pulut sehingga ia kembang. Selepas itu dikukus dan sejukkan.
2. Di dalam kuali didihkan gula melaka dan gula pasir dengan sedikit air dan santan.
3. Pastikan gula agak pekat serta bertali, masukkan pulut yang telah dikukus tadi.
4. Kacau sehingga sebati dan pekat. Masukkan isi durian yang dihancurkan dan daun pandan yang dibersihkan. Kacau lagi sampai sebati dan bolehlah diangkat dan dimasukkan dalam bekas.
5. Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.

0 comments: