MEE BANDONG SPECIAL
Bahan- bahan :
1- Mee kuning
2- Lada mesin, bawang merah, bawang putih, udang kering
3- 1 sudu sos tiram
4- Fish cake, ayam @ daging (direbus), udang.
5- Sawi, telur, tauhu.
6- Kacang yang digoreng dan di blender @ tepung jagung.
7- GARAM
Cara-cara :
1- Rebus segenggam udang kering dan simpan air rebusan.
2- Blender udang kering + 5 biji bawang merah + 3 ulas bawang putih + 5 sudu besar cili mesin.
3- Panaskan minyak dan tumis bahan mesin.
4- Tumis hingga masak dan campurkan air rebusan udang kering.
5- Masukkan daging, fish cake, batang sawi, tauhu, garam.
6- Masukkan 1 sudu sos tiram.
7- Masukkan 2 sudu besar kacang yang di blender atau tepung jagung.
8- masukkan telur hingga masak.
9- masukkan daun sawi dan mee kuning.
10- Tunggu sebentar dan boleh dihidangkan.
** cili merah dan hijau dihiris untuk hiasan serta bawang goreng :