Nasi Kerabu Terengganu

1:17 PM Posted In Edit This 0 Comments »


Nasi Kerabu Terengganu


Bahan untuk nasi:
3 cawan beras biasa
4 cawan air
1 batang serai } diketuk
10 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau
sedikit pewarna biru

Cara menyediakan:
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang atau pewarna biru hingga masak.

Cara menghidang:
Sendukkan nasi ke dalam pinggan.
Letakkkan sedikit sambal kelapa/ikan, cili padi jeruk, tumis belacan diakhiri dengan ulam.
Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, keropok goreng, budu, daging bakar, ayam bakar dan ikan goreng celup tepung.

Bahan untuk sambal kelapa/ikan:
1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
2-3 ekor ikan kembung/selayang dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa

Cara menyediakan:
Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
Kemudian campurkan kelapa parut kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.

Sambal Cili Padi:
Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
Campurkan 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Bahan untuk Kuah Tumis Belacan:
2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering }ditumbuk
5 ulas bawang merah} ditumbuk
2 ulas bawang putih }ditumbuk
1.5 cm halia }ditumbuk
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
1/2 biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa


Cara menyediakan:
Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan bahan-bahan tumbuk, belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.
Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
Sesuaikan rasa dan angkat.

Bahan Ulam-Ulaman

- kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.
2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
1 biji timun
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Bahan untuk Solok Lada:
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
2-3 ekor ikan kembung/selayang, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara menyediakan:
Tumbuk bawang dan halia hingga lumat kemudian masukkan garam, gula dan isi ikan.
Tumbuk lagi hingga lumat.
Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
Susunkan ke dalam periuk kukus.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak

Bahan untuk Ikan Goreng Celup Tepung:
6 ekor ikan }dibersihkan dan tos
1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
Panaskan minyak.
Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.



Nasi Bukhari Ayam

1:12 PM Posted In Edit This 0 Comments »


Nasi Bukhari Ayam


Bahan-bahan:
1 ekor ayam- potong 8 dan bersihkan
1 kg beras bathmati- [basuh dan toskan
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato- bancuhkan
2 biji buah tomato- belah 4
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar- potong pendek
4 s/b minyak sapi
garam
gula

Bahan tumis:
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis swhingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah

Nasi Minyak Bersama Dalca Dan Ayam Masak Merah

1:08 PM Posted In Edit This 1 Comment »

Nasi Minyak Bersama Dalca Dan Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
1 kg beras bathmati
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ]-dihiris
3 cm halia ]
2 helai daun pandan..koyak & simpulkan
3 tangkai daun kari
5 gm kulit kayu manis
3 gm bunga lawang
3 gm cengkih
3 gm pelaga
1/2 cawan susu cair
2 biji tomato..cincang kecil
1 liter air
2 s/b minyak sapi
bawang goreng
kismis
bawang-dihiris halus

Cara Membuat
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk rice cooker.
2. Masukkan bahan-bahan yang dihiris dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan susu, daun kari, daun pandan dan air secukupnya.
4. Masukkan beras & tomato dan biarkan sehingga kering dan masak.
5. Untuk menghidang, hiaskan dengan bawang goreng, kismis dan daun bawang.


DALCA

Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 biji ubi kentang
5 batang kacang panjang
1 biji carrot
1 cawan kacang dhal.....rebus lembut
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 biji terung bulat putih atau biru
4 cawan santan
1 bungkus rempah kari daging..dibancuhkan dgn air asam jawa
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minya
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Potong daging 2.5 cm x 2.5 cm dan bersihkan.
2. Belah 4 kentang,tomato, bawang besar dan terung.
3. Potong kecil mangga muda.
4. Potong kacang panjang sepanjang 2.5 cm.
5. Panaskan minyak sapi & minyak .
6. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
7. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
8. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.
9. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
10. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk.
11. Masukkan garam.
12. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
13. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
14. Siap untuk hidangan

AYAM MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar-potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.



Nasi Minyak Hujan Panas

12:55 PM Posted In Edit This 0 Comments »

Nasi Minyak Hujan Panas

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air } jika beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau bergantung kpd jenis beras yg digunakan
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi }
2 sudu besar majerin } untuk menumis
2 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan } disimpul
pewarna-hijau, kuning, merah

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }

Bahan hiasan:
Sedikit bawang goreng
Sedikit gajus goreng

Cara menyediakan:
Beras dicuci kemudian ditoskan.
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
Masukkan bahan tumis. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Kemudian masukkan air,susu,tomato puree serta garam.
Bila nasi hampir kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan
Tanak hingga masak, kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata.
Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng serta gajus goreng


Dihidangkan bersama gulai daging (resepi boleh didapati di bahagian resepi daging) serta acar timun dan nanas.