11:33 PM Posted In Edit This 0 Comments »

MUFFIN PANDAN

Sumber: myresepi.com

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula (manis..bole kurangkan ikut selera)
1/2 sk soda bicarbonate
1/2 sk baking powder
1/2 cawan minyak masak
1 cawan santan pekat (kurangkan sedikit kalau santan cair)
1 sb ENO
sedikit perasa Pandan + Warna hijau

Cara menyediakan:

1. Campurkan bahan kering (tepung, gula, soda bicarb, baking powder) kedalam satu bekas.
2. Campurkan bahan basah (santan, minyak, colour, perasa pandan) kedalam satu bekas.
3. Masukkan (2) ke dalam (1), sambil dikacau dengan garpu.
4. Akhir sekali, ayakkan ENO. Kacau dengan garpu, biar sebati, tapi jangan terlebih kacau. rehatkan 5 min.( cukup masa untuk ENO bertindak mengeluarkan bubble)- mungkin tak berapa nampak, tapi mixture akan kurang likatnya.
5. Masukkan kedalam bekas muffin, bakar selama 30 min, 160 deg C. Untuk perasa lain bole try contoh di bawah.

OPTION1: @Banana Muffin@: 2 biji pisang size kecil, 3/4 cawan susu soya OPTION2: @Apple Muffin@: 4 sudu besar Bramley apple source, 3/4 cawan susu soya

11:24 PM Posted In Edit This 0 Comments »

APPLE MUFFIN
Resepi asal Apple Strudel Muffins

Bahan A:
300 gm tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1 sk serbuk kayu manis [cinnamon]
sikit garam
190 gm green apple dadu kecil
2 sb kismis
2 sb coklat chips

115 gm butter
100 gm gula kastor
100 gm gula perang
3 biji telur
1 sk vanilla

Cara menyediakan:
1. Pukulkan butter , gula, dan telur sehingga sebati. Masukkan esen vanilla.
2. Ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk kayu manis.
3. Masukkan epal dadu, kismis dan coklat chips. Gaulkan rata.
4. Masukkan dalam adunan butter dan gaulkan dengan senduk kayu.
5. Sudukan adunan dalam papercup dan bakar dalam pre-heat oven pada suhu 180'C selama 25 minit.
6. sejukkan dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

10:57 PM Posted In Edit This 0 Comments »

CHOCOLATE CHEESE MUFFIN


Bahan-bahan:

1 3-ounce cream cheese, dilembutkan
2 sk granulated sugar
1 biji kuning telur

1 1/2 cawan tepung biasa
1/2 cawan granulated sugar
1/4 cawan cocoa
2 sk baking powder
1/4 sk garam

1 biji telur
3/4 cawan susu segar
1/4 cawan minyak
1/2 cawan chopped walnuts

2 sk icing sugar untuk ayak di atasnya


Cara menyediakan:
1. Grease 2 1/2 inci muffin pan 12 lubang atau line dengan paper cups.
2. Pukul cream cheese, 2 sk gula dan kuning telur hingga tergaul rata. Ketepikan.
3. Gaul tepung, 1/2 Cawan gula, cocoa, baking powder dan garam di mangkuk yang lain. Buat lubang ditengahknya dan ketepikan.
4. Campur telur, susu dan minyak di mangkuk yang lain. Masukkan campuran ini ke bahan tepung tadi sekaligus. Gaul sebati. Gaul walnuts.
5. Sudukan setengah dari adunan tadi ke muffin cups (kira-kira 1 sk satu cup). Masukkan kira-kira 1 1/2 sk campuran cream cheese di atas adunan ini dan sudukan adunan selebihnya; 3/4 full setiap cup.
6. Bakar 400 F atau 200 Celcius selama 20 minit atau atasnya kering. Cool di dalam pan selama 5 minit.
Icing sugar boleh diayak diatasnya.

10:54 PM Posted In Edit This 0 Comments »

MUFFIN CARROT

Bahan-bahan:
320 gm tepung naik sendiri
50 gm susu tepung
250 gm gula perang [brown sugar]
200 gm carrot diparut halus
220 ml minyak jagung
4 biji telur
1 sk esen vanilla
100 gm kismis
60 gm badam cincang

Cara menyediakan:
1. Panaskan oven pada suhu 180 selama 10 minit
2. Tepung diayakkan bersama dengan susu tepung.
3. Masukkan semua bahan lain dan gaulkan rata.
4. Masukkan adunan dalam papercup dan letakkan dalam muffin tray.
5. Bakar selama 25 minit pada suhu 180'C

10:50 PM Posted In Edit This 0 Comments »

MUFFIN OREN

Bahan – bahan:
250 gm tepung naik sendiri
150gm gula castor
150gm minyak sayur
150gm susu segar
2 biji telur
1 biji oren

Cara menyediakan: :
1. Campurkan gula dan telur dan pukul sampai kembang
2. Masukkan susu, minyak dan tepung.
Pukul sebati.
3. Akhirnya parutkan kulit oren dan masukkan dalam adunan.
4. Kalau nak nampak cantik bolehlah taburkan buah-buahan campuran.

10:45 PM Posted In Edit This 0 Comments »

BLUEBERRY MUFFIN

Bahan A:
220 gm tepung gandum
100 gm gula kastor
1 sb bakign powder
1/2 sk garam
Bahan B:
2 biji telur [pukul sedikit]
50 ml minyak jagung
50 ml butter dicairkan
150 ml susu segar

Bahan C:
200 gm blueberry filling/jam blueberry

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk.
2. Gaulkan bahan B dalam mangkuk berasingan.
3. Campurkan bahan B dalam mangkuk bahan A. Gaul/kacau sebatikan adunan.
4. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
5. Masukkan adunan separas 3/4 dalam mangkuk kertas muffin.
6. Sudukan blueberry filling/jam dalam adunan di dalam mangkuk muffin.
7. Bakar muffin selama 25 - 30 minit.

10:43 PM Posted In Edit This 0 Comments »

MUFFIN JAGUNG KEJU

Bahan-bahan:
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan emping jagung
40gm isi jagung manis dalam tin
3/4 cawan hirisan keju
2 biji telur, dipukul
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan minyak

Cara menyediakan:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. Sapukan acuan mufin
dengan minyak atau mentega.
2. Ayak tepung dengan garam kedalam mangkuk besar.
Gaulkan emping jagung , hirisan keju dan isi jagung .
Buatkan satu lubang ditengah.
3. Tuangkan telur, susu dan minyak yang telah dicampurkan ke
dalam lubang tadi.
4. Dengan menggunakan sudu kayu, gaulkan bahan-bahan tadi.
5. Letakkan bahan yang dicampurkan tadi kedalam acuan mufin dan
bakar selama 20 minit, atau sehingga berwarna kuning keemasan.
6. Keluarkan dari acuan dan hidangkan. Enak dimakan panas2.

10:35 PM Posted In Edit This 0 Comments »

MUFFIN JAGUNG BERMADU

Bahan-bahan:
100 gm tepung gandum serbaguna
1 sb serbuk penaik
secubit garam
100 gm jagung kisar
3 sb madu
50 gm kismis hitam
4 sb minyak jagung
225 gm jagung berkrim dalam tin
1/3 cawan air
2 biji telur

Cara menyediakannya:
1. Ayak bersama tepung, serbuk penaik dan garam, masukkan
jagung kisar diikuti dengan madu, kismis, minyak, jagung berkrim,
telur dan air, kacau rata.
2. Sudukan adunan ke dalam acuan mufin bergris.
3. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 15 – 20 minit
sehingga muffin naik dan berwarna kuning keemasan, hidangkan
panas dengan mentega.
6. Setelah muffin sejuk, hias mengikut citarasa.

10:32 PM Posted In Edit This 0 Comments »

MUFFIN PISANG COKLAT

Bahan A : Ayakkan
2 cawan tepung gandum
2 sb cawan serbuk koko
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
Sedikit garam

Bahan B :
1 cawan pisang emas/berangan - di lecekkan
1 cawan minyak
1 ½ cawan gula perang
2 biji telur - pukul sedikit ngan garfu


Cara menyediakan :
1. Ayakkan bahan A dan masukkan dalam mangkuk.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang.
4. Kukuskan selama 30 minit atau sehingga masak

10:29 PM Posted In Edit This 0 Comments »

CHOHOLATE CHIPS MUFFIN

Bahan-bahan:
250g tepung serbaguna
2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
2 sb serbuk koko
175gm gula kastor
150gm coklat cip
250ml susu segar
90ml minyak sayur (75g mentega)
1 biji telur (L size)
1sk esen vanila/ ekstrak vanila

Cara menyediakan:
1. Gaul tepung, baking powder, soda bikarbonat, gula dan serbuk koko dalam mangkuk besar.
2. Gaul rata minyak, susu, esen vanila dan telur dalam mangkuk lain.
3. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul rata.
4. Masukkan coklat cip dan gaul rata.
5. Tuang adunan dalam papercup dan tabur sedikit coklat cip di atas.
6. Bakar pada suhu 200C untuk 20 minit

10:19 PM Posted In Edit This 0 Comments »

POPIAH SARDIN


Bahan-bahan:
kulit popia saiz besar
1 biji telur [pukul sikit]
1 tin kecil sardin [hancurkan]
1 cawan kobis [mayang halus]l
1 labu bawang besar [cincang]
1 biji cili merah [cincang]
minyak untuk menggoreng
garam

Cara menyediakan:
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan sardin dan sayur kobis.
3. Masak sehingga layu dan rasakan garamnya.
4. Angkat inti dan masukkan dalam mangkuk bertapis supaya minyak turun.
5. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak dan gulungkan.
6. Buat begini sehingga habis.
7. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing. Setelah itu angkat dan toskan minyak.
6. Hidangkan dengan cili sos.


Sos Cili

Bahan-bahan:
3 biji cili merah
1 sb cili mesin
1 ulas bawang putih
1 sb cuka
gula dan garam
1 sk tepung jagung

[Mesinkan semua bahan dan didihkan sebentar].

10:15 PM Posted In Edit This 0 Comments »

KEROPOK LEKOR PERANTAU

Bahan-bahan:
2 cawan isi ikan
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kanji (tapioca starch)
1 sk garam
ais ketul secukupnya (boleh guna air sejuk dlm peti klu tak ada ais ketul)
secubit serbuk perasa jika suka

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ikan
2. Asingkan tulang dan isinya
3. Mesinkan isi ikan sehingga hancur
4. Masukkan tepung kanji/sagu dan mesin sekali lagi sambil menambahkan sedikit demi sedikit ketulan ais/air sejuk sehingga mendapat adunan yg lembut.
5. Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras
6. Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
7. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan keropok lekor
8. Angkat setelah ia timbul dipermukaan air beberapa ketika
Boleh dimakan terus atau digoreng

10:11 PM Posted In Edit This 0 Comments »

NAGASARI

Bahan-bahan:
10 biji pisang nipah – di belah 2
½ cawan santan pekat
½ cawan tepung beras
sedikit garam
10 keping daun pisang

Cara menyediakan:
1.
Bancuh tepung beras, santan dan garam sehingga sebati.
2. Masak atas api yang perlahan sehingga pekat, lalu angkat.
3. Letakkan sedikit adunan ke atas daun pisang.
4. Bubuh 2 keping pisang,dan tutup semula pisang dengan adunan.
5. Bungkus kemas-kemas, buat kesemuanya sehingga habis.
6. Kukus sehingga masak.

10:05 PM Posted In Edit This 0 Comments »

KUIH LAPIS

Bahan-bahan A:
2 cawan tepung gandum

2 sb tepung beras

2 sb tepung kastad

3/4 cawan gula

4 cawan santan

1 sk garam


1/2 cawan jagung ]

1/2 air ] mesinkan


1 sb serbuk koko ] bancuhkan dan tapis

/2 cawan air suam ]

Cara menyediakan:

1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.

2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.

3. Masukkan jagung dalam 1 bahagian adunan dan campuran koko dalam 1 adunan lagi.

4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.

5. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.

6. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 5 minit.

7. Lapiskan adunan koko dan jagung berselang seli sehingga adunan habis.

8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

9:06 PM Posted In Edit This 0 Comments »

KUIH KASWI

Bahan-bahan:

150gm gula Melaka

75gm gula merah

75gm gula pasir 200ml air (untuk masak gula)

1 helai daun pandan

300gm tepung beras

2 1/2 sb tepung sagu

1/4 sk kapur (dicampur sedikit air)

1/4 sk garam

250ml air

230gm kelapa parut dibuang kulit

1 sk garam (digaul dengan kelapa)


Cara menyediakan:

1) Masak gula Melaka, gula merah, gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk sampai cair. 2) pastu angkat, tapis dan biarkan sejuk.

3) gaul tepung beras, tepung sagu, kapur, garam dan air di dalam mangkuk lain.

4) Kena tapis sebab tak nak ada gentel2 tepung atau kapur .. nanti tak cantik kuih tu .. pastu isi dalam acuan atau loyang kuih.

5) pastu kukus dalam 20 minit. make sure pengukus tu panaskan dulu dalam 3,4 minit

6) nak makan tu ... potong cantik2 pastu salut kelapa parut

9:01 PM Posted In Edit This 0 Comments »

SRIMUKA

Lapisan bawah:
3 cawan pulut
3 cawan santan cair + sikit garam

Kukuskan sehingga masak.
Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan atas:
21/2 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1 s/b tepung jagung
2 biji telur
1 sk garam

Gaul rata semua bahan dan tapis.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
Kukuskan lebih kurang 1/2 jam.
Sejukkan dahulu baru potong

8:55 PM Posted In Edit This 0 Comments »

WAJIK DURIAN
sumber gambar:rozan blogspot

Bahan-Bahan:
1 kg beras pulut
1 kg gula melaka atau gula merah
1 liter santan
½ kg gula pasir ½ sudu teh garam
1 biji durian (diambil isinya)
2 helai daun pandan

Cara menyediakan:
1. Rendam beras pulut sehingga ia kembang. Selepas itu dikukus dan sejukkan.
2. Di dalam kuali didihkan gula melaka dan gula pasir dengan sedikit air dan santan.
3. Pastikan gula agak pekat serta bertali, masukkan pulut yang telah dikukus tadi.
4. Kacau sehingga sebati dan pekat. Masukkan isi durian yang dihancurkan dan daun pandan yang dibersihkan. Kacau lagi sampai sebati dan bolehlah diangkat dan dimasukkan dalam bekas.
5. Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.

8:44 PM Posted In Edit This 0 Comments »

KARIPAP PUSING


Bahan-bahan:

½ kg tepung gandum
3sb marjerin
air (ikut kelembutan adunan)


Cara menyediakan:
1. tepung gandum..dibahagi dua bahagian
2. satu bahagian..bancuh dengan air..cam nak buat karipap biasa tu.. (A)
3.satu bahagian tepung gandum..campurkan dengan marjerin..bubuh banyak sket marjerin tuh..uli sampai jadi tepung karipap..(B)
4. kepalkan yg A..bulat2..uli2 kat tangan..then leperkan sedikit..tak yah nipis..tebal tak pe.
5. kepalkan yg B..bulat2..
6.masukkan B (tepung bermajerin tuh) kedalam A yg dalam keadaan leper tuh..maksudnya..bungkus B dalam A.
7.bulatkan semula..campuran tuh..uli kat tangan supaya jadi bulat..
8.guna pencanai..leperkan campuran tuh...leper2....kan jadi rata...
9. gulung campuran tepung yg dah leper tuh..gulung kan jadi panjang kan...
10.amik pencanai ....penyekkan gulungan tuh...so..gulungan tadi jadi rata balik..then ..
11. gulung semula.. amik pisau..potong gulungan tuh.kecik2.tebal lebih kurang satu cm.. then amik pencanai..leperkan gulungan yg dah dipotong kecik2 tuh...anda akan dapati tepung adunan tu...rata..dan permukaan akan nampak 2 lapisan..yg bermajerin dan tepung biasa..masukkan inti,,,,klip pakai tangan..goreng....

8:33 PM Posted In Edit This 0 Comments »

KUIH PAU

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
1/2 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sb gula
1 sk yeast mauripan
2 sb shorterning [crisko]
250 gm air suam

Cara menyediakan:
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan (untuk buang angin adunan) dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan masukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan.........

INTI PAU..Ayam atau Daging

bahan-bahan:
250 gm isi ayam atau daging - hiris kecil
200 gm kentang
1 sb rempah kari ayam/daging - bancuh jadikan pes dgn 2 sb air
1 labu bawang besar - cncang
1 ulas bawang putih - cincang
1 pokok daun sup - cincang
1/2 cawan air
garam
gula
minyak

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yg dicincang sehingga wangi.
2. Masukkan pes rempah kari dan kacau sehingga rata. Masakkan sehingga naik minyak dan wangi.
3. Masukkan isi ayam atau daging dan kentang.
4. Masukkan air, garam dan kacau rata.Biarkan mendidih dan daging atau ayam lembut. 5. Masukkan daun sup yg dicincangkan.
6. Bila nampak pekat dan daging lembut bolehlah angkat dan sejukkan.
7. Buatkan aduinan pau dan masukkan inti dalamnya.

8:27 PM Posted In Edit This 0 Comments »

CUCUR UDANG

Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
250 gm udang kasar
segenggam tauge
setangkai daun kucai (dipotong)
3 cawan air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Bersihkan tauge, daun kucai dan udang.
2. Campurkan tepung dgn tauge, kucai, serbuk kunyit dan garam
3. Kemudian bancuh dgn air sehingga sebati
4. Panaskan minyak dlm kuali
5. Sendukkan adunan bubuh sekor udang di atasnya dan goreng hingga masak.

8:22 PM Posted In Edit This 0 Comments »

CIK MEK MOLEK


Bahan-bahan:

1.5 kg ubi keledek
7 @ 8 sudu besar tepung gandum (mengikut keadaan adunan)
Gula pasir - untuk diisi ke dalam kuih
1 cawan minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan:

1. Ubi direbus hingga empuk. Buang air rebusan dan dilecek
2. Gaul keledek dengan tepung hingga menjadi adunan yang licin dan lembut, kalau masih lembik tambahkan tepung (mengikut jenis keledek yang dipilih)
3. Ambil sedikit adunan dan leperkan
4. Isi sedikit gula, cantumkan dan bentuk bulat membujur
5. Bila semua adunan telah diisi gula dan dibentuk, panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan .
6. sedia di makan

5:15 PM Posted In Edit This 0 Comments »
DIAGNOS PENYAKIT
Tapak tangan menyimpan 1001 rahsia mengenai diri kita. Penyakit boleh di lihat memalui tapak tangan seseorang. Ia tidak menyakitkan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Anda boleh mencuba sendiri dengan melihat tanda-tanda seperti didalam gambar.
Rahsia untuk sembuh dari penyakit yang dihidapi ialah doa dan yakin yang penyembunhan adalah dari ALLAH. Herba yang anda makan adalah penyebab atas usaha atau ikhtiar kepada penyebuhan tersebut.
Oleh itu setelah herba yang disarankan berada ditangan bacalah doa penyembuhan, serah diri pada Allah bertawakkallah setelah berusaha dan berdoa.
Surah Al-Insyirah ayat 5-8 : Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan maka bersusah payahlah mengerjakan yang lain. Dan kepada tuhanmu berharaplah.
> Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi. (Abu Ya’la dan Al-Hakim)
> Dan sesungguhnya doa itu memberi manfaat kepada yang telah diturunkan dan kepada yang belum diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menangkis ketetapan Allah kecuali doa, sebab itu berdoalah kamu (Riwayat : Al-Tarmizi)

Firman Allah s.w.t : Surah Fushilat : 53
” KAMI AKAN MEMPERLIHATKAN KEPADA MEREKA TANDA KEBESARAN KAMI DISEGENAP PENJURU DAN PADA DIRI MEREKA SENDIRI, SEHINGGA JELASLAH BAGI MEREKA BHW AL QURAN ITU ADALAH BENAR. TIDAK CUKUPKAH BAGIMU TUHANMU MENJADI SAKSI ATAS SESUATU.”
Dari mana datangnya penyakit? Hadis Rasullah mengatakan punca penyakit adalah disebabkan oleh ketidak seimbangan racun, suhu dan angin yang akhirnya akan menyebabkan kepada kelemahan organ.
Soalan : Bagaimana ingin mengetahui kelemahan organ?
Jawaban : Diagnos dan tanya soalan.
Soalan Untuk 5 organ utama :
1. Perut
2. Usus
3. Buah pinggang
4. Jantung
5. Paru-paru

tapak-tangan-gastrik

Soalan Untuk Cek Perut
- Adakah anda terlalu banyak sendawa selepas makan?
- Adakah anda berasa pedih dibahagian perut apabila lambat makan?
- Adakah anda berasa pedih di ulu hati?
- Adakah perut terasa kembung dan banyak angin?
Jika semua jawapan ya …. hmmm mungkinkah anda terkena gastrik?
Mari kita diagnos melalui tapak tangan pula…
Apakah tanda-tanda Gastrik yang boleh dilihat ditapak tangan anda?

Tanda-tanda Gastrik
Tanda – Urat Biru / Hijau Di Tepi Perut Ibu Jari
Simtom – Cepat Letih, Mudah Lapar, Sakit di Ulu Hati
Punca – Makan Tidak Menentu, Makanan Pedas

Diantara Herba yang boleh anda cuba : D’Karm, Spirumadu, Teh herba, Tuju Angin, Madu Asli, Kopi Radix (Herba Diambil Selepas Makan) bersama-sama atau berasingan, ambil mana-mana 2,3 atau ambil semuanya…
tapak-tangan-paru2-lemah

Tanda-tanda ada kelemahan pada Paru-Paru, Resdung, Alergi, Asthma
Tanda – Urat Biru / Hijau
Simtom – Rambut Gugur, Buasir, Kulit Kepala Kering, Mata – Hidung Berair, Kerap Bersin, Gigi Berdarah, Mudah Letih, Keputihan, Cepat Penat, Hidung Kurang Deria Ciuman, Sering Bermukosa
Punca – Paru-Paru Bermasalah, Sistem Pencernaan, Masalah Darah

Herba – Coscinium, D’Deu, D’Det, Roselle, Morin-A, Spirulina, Madu Asli, Teh Herba
kuku

Diabete Militus (DM) / Gula Dalam Darah
Tanda – Di Pangkal Kuku Berwarna Gelap
Simtom – Mudah Letih, Sering Dahaga & Lapar, Penglihatan Kabur, Banyak Makan tetapi Berat Badan Menurun, Mudah Berbisul tapi Lambat Sembuh, Kerap Kencing dan Dihurungi Semut
Punca – Gula Berlebihan, Sembelit
Herba – Kopi Radix, Plantisol, Herba Rebusan Kencing Manis, Teh Herba

ibu-jari

Hormon Tidak Seimbang
Tanda – Bulan Sabit Terbalik pada Kuku Jari selain daripada Ibu Jari
Simtom – Mudah Marah, Mudah Sedih, Kemurungan Yang Mendalam, Perasaan Rendah Diri
Punca – Faktor Keturunan, Pendedahan Berlebihan Kepada Medan Elektromagnet, Faktor Suhu Tubuh Yang Tidak Seimbang, Tidur Yang Tidak Berkualiti, Tekanan Berterusan
Herba – Paramaria, Radix, Senggugut, Sprirulina, Teh Herba, D’Karm, D’Deu, Lady Cheer, Keputihan
kelilingking

Jari Kelingking Mewakili Rahim Wanita
Tanda – Jari Kelingking Meruncing, Membengkok
Simtom – Haid Tak Teratur, Senggugut, Keputihan,Peranakan Jatuh
Punca – Sembelit Yang Teruk, Tulang Belakang, Stress, Keputihan, Senggugut
Herba – Paramaria, Senggugut, Teh Herba, Roselle, Keputihan, Omega 3, D’Deu, Herba Tuju Angin
tapak-tangan-lekuk


Saraf
Tanda – Tapak Tangan Berlopak
Simtom – Sakit Belikat, Sakit Tulang Belakang, Kebas Dan Lenguh, Mudah ke Saraf Lumpuh, Lemah Tenaga (Lelaki), Rahim (Wanita)
Punca – Stress, Berkait Dengan Imuniti, Kemalangan
Herba – Madu Asli, Teh Herba, Minyak But But, Roselle, Mengkudu

Peringatan: Diagnos yang tepat mesti diperolehi dari herbalis yang mahir atau anda hadir ke kelas. Yang saya paparkan hanyalah untuk panduan semata-mata apabila anda hadir kelas anda akan lebih memahaminya.

6:20 AM Posted In Edit This 0 Comments »


SOTO AYAM

Bahan-bahan : Anggaran untuk 5-6 orang
½ ekor ayam (berat 900 gm) } dipotong 2
300 gm nasi himpit segera } direbus selama 2 jam kemudian sejukkan
1 sb rempah serbuk sup Adabi
2 sb minyak untuk menumis
9 cawan air atau secukupnya
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk menumis :
3 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih

Bahan-bahan kisar:

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 cm halia

1 cm lengkuas

1 batang serai

1/2 sb jintan manis

1/2 sb jintan putih

1 sb ketumbar

1/2 sk lada sulah

2 biji buah keras


Bahan sampingan:

sedikit suhun - digoreng

1 tangkai daun bawang -dihiris

1 tangkai daun sup- dihiris

100 gm kacang tanah -digoreng

100 gm taugeh - buangkan ekornya

sedikit bawang goreng


Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak.

2. Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.

3. Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.

4. Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.

5. Keluarkan ayam, siat-siatkan isinya dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan semula kedalam kuah sup tadi.

6. Ketika menghidang, isikan nasi impit ke dalam mangkuk diikuti suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng, sambal kicap dan akhir sekali kuah.
7. Enak dimakan ketika kuah masih panas.


sambal kicap:

10 biji cili api

7 sb kicap manis

1 ulas bawang putih

Cara menyediakan sambal kicap:

Campurkan semua bahan kemudian kisar halus

Begedil:

500 gm kentang

150 gm daging kisar

½ sk serbuk lada sulah

5 sb bawang goreng

1 biji telur

sedikit daun sup -dimayang

garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan begedil:

1. Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga

masak. Angkat ketepikan.

2. Daging digoreng hingga kering airnya.

3. Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa. Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.

4. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.

5. Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.



6:14 AM Posted In Edit This 0 Comments »

TAUHU AYAM

Bahan-bahan ( 4 orang )
1 keping dada ayam
280g tauhu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada
3 tangkai daun sup
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
sedikit gula

Cara menyediakan:
1. Cincang isi ayam
2. Lecek tauhu dengan garfu
3. Potong halus daun sup
4. Gaul semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok