4:08 PM Posted In Edit This 1 Comment »
HAL SOLAT
1.Imam kalau perlu, ambil masa sebelum solat untuk mengatur/menyusun
makmum. Sunnat menyebut 3 kali saf! Saf! Saf!. Apabila sedang
menghadap kiblat, jangan lengah-lengah lagi, terus takbir. Kalau kita
jenis lama tanam niat, jangan jadi Imam sebab kita ada tanggungjawab
terhadap makmum.

2. Imam ketika baca surah, jangan songsang. Yang dahulu mesti
didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Contoh, jangan baca surah
An Nas dulu kemudian Kulhuwallah.

3. Takbir Imam antara 2 pergerakan mesti perkataan Allahuakbar
disambung, jangan dimatikan huruf ha. Kalau tak mampu sebut
Allahuakbar secara disambung, sebut Allah Akbar. Jangan tambah
perkataan hu.

4. Mengangkat tangan waktu takbir masuk rakaat pertama dan rakaat
ketiga, hadnya antara bahu dengan telinga.

5. Waktu sujud letak tangan antara bahu dan telinga.

6. Apabila kita ruku', sunat pegang lutut, supaya belakang jadi
mendatar. Memegang betis adalah makruh.

7. Dalam kita ruku', kita baca subhanarobbial 'adzimi wabuhamdih
maksimum 11 kali. Jangan lebih. Kalau lebih daripada 11 kali,
sembahyang kita batal.

8. Sembahyang mesti ikut Imam. Makmum ikut makmum,
sembahyangnya batal.

9. Duduk antara 2 sujud atau tahiyyat awal & akhir, jari kaki kanan
tegakkan dan luruskan menghadap kiblat. Duduk macam anjing, di mana
kedua-dua kaki dilipat di bawah punggung macam anjing, hukumnya
makruh.

10. Duduk tahiyyat, tangan tak boleh terlalu depan, tak boleh terlalu
belakang daripada lutut. Tak boleh jari terlalu terbuka dan tak bolrh
juga terlalu rapat tertutup.

11. Apabila kita bangun dari sujud atau iktidal, jeling kaki kiri
kanan supaya saf tetap lurus dan rapat sebelum kita takbir.

12. Salam kena pandang habis ke sisi belakang baik kanan atau kiri.

BAB BACAAN

1. Bacaan Al Fatehah dan surah-surah lazim kena dibaiki tajwid,
makhraj serta panjang pendeknya.

2. Ketika salam kanan dan kiri mendoakan seluruh makhluk di kanan di
kiri kita.