2:49 PM Posted In Edit This 0 Comments »
8C YANG DIBENCI SUAMI


C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabarterutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan merekaagar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suamimulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! DrFadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri jugayg putih mata…


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanitaitu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukanmuhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celuparlebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selaluterlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkanwajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nakbersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerjaasyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampaucemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepadaperhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidakdipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kitatanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlumengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet takbertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempatyang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anakcincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jagaanak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila iamelibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapipada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajarantinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa& lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami &keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah…..

dari Dr Fadillah Kamsah

0 comments: