3:35 PM Posted In Edit This 0 Comments »

BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan –bahan:
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream (boleh ganti dengan fresh milk kurang dari 120gm)
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 sk esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 sb blueberry filling

Topping:
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai bahan kek
atau dalam tin dari supermarket. ]

Cara menyediakan:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebu saperti buih sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyak atau air.]
3. Pukulkan krim keju, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
10. Bila telah masak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
11. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
12. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan

0 comments: