2:34 PM Posted In Edit This 0 Comments »


KEK MARBLE SUSU

Bahan-bahan:
250g mentega
230g gula kastor
2 sk ovalet
4 biji telur
270gm tepung superfine
1 sk serbuk penaik
60gm susu pekat manis
2 sb serbuk koko
2 sb susu segar atau susu cair (Mama gunakan susu segar)
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco

Cara menyediakan :
1. Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul hingga naik.
3. Masukkan bahan ayak (tepung dan serbuk penaik), kacau rata.
4. Bubuh susu, gaul sebati. Bahagikan 2.
5. Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian.
6. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak.
7. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis.
8. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata. Bakar pada suhu180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.

0 comments: