9:47 PM Posted In Edit This 0 Comments »

THAI GREEN CURRY


Bahan-bahan:

6 ketul ayam

1 biji terung - potong dadu/memanjang

2 cawan susu cair/santan

3 helai daun limau parut

10 helai daun kari

2-3 sb pes 'Thai Green curry' (lihat cara membuatnya dbawah)

1 biji bawang besar

Sedikit minyak utk menumis


Cara menyediakan:

1. Tumiskan bawang besar, daun kari

2. Masukkan pula terung

3. Kemudian pes ’thai green curry’ dan limau purut

4. Lepas tu masukkan susu/santan. Kacau sebati

5. Masukkan ayam. Tutup periuk, biar 10-15 min. Sedia utk dihidang.


Pes 'Thai Green curry':


Bahan-bahan:

10-12 cili hijau fresh, buang bijinya

3 batang serai, hiris halus

1 sb lengkuas, cincang

1 bawang merah besar, cincang

3 ulas bawang putih

1 batang daun ketumbar (termasuk akar dan batang), cincang kasar

1/2 sb biji ketumbar

1/2 sk jintan putih

1/2 sk garam

1 sb minyak

minyak utk menggoreng

Cara menyediakan pes:

1. Blend semua bahan hingga hancur.

2. Panaskan minyak dan goreng campuran rempah hingga bertukar warna kpd hijau tua.

3. Sejukkan sebelum disimpan dlm bekas supaya tahan lama

0 comments: