10:29 PM Posted In Edit This 0 Comments »



AYAM BETUTU


Bahan-bahan:

hidangan 3 – 5 orang

1 ekor ( 1½ kg ) ayam besar

5 sdm minyak, untuk menumis

daun pisang/aluminium foil, untuk pembungkus

Bahan kisar

7 biji cabai merah dan 5 cabai besar

10 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

1 sb ketumbar

1½ sb serai, dihiiris halus

1 sb lengkuas dicincang

½ sudu teh serbuk pala

2 sudu teh kunyit dicincang

2 sk halia dicincang

garam dan gula secukup rasa


Cara menyediakan:

1. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi dan kering. Angkat dan sejukkan. Bahagikan kepada dua bahagian.

2. Campur satu bahagian ke dalam badan ayam Masukkan dalam rongga badan ayam, semat lubangnya dengan cungkil gigi. Dan sebahagian lagi dilumur pada permukaan ayam dan di bawah kulit.

3. Bungkus dengan beberapa lapis daun pisang, ikat ketat.

4. Panggang dalam oven dengan panas 180°C, selama 2-3 jam sampai masak.

Angkat, potong-potong dan hidangkan.


Tips: sebelum dipanggang, boleh juga dikukus lebih dulu ± 45 minit, kemudian dipanggang selama 1 jam.

0 comments: