9:58 PM Posted In Edit This 0 Comments »

AYAM SOS OREN/LEMON


Bahan-bahan:

400 gm ayam tanpa tulang, dipotong dua kepingan sama

2 sk Serbuk Pati Ayam MAGGI

lada sulah secukup rasa

1 biji telur, dipukul sedikit

1 cawan tepung jagung (untuk menyalut ayam)

minyak untuk goreng terendam

2 ulas bawang putih (cincangkan)


Bahan-bahan A :

1 cawan perahanJus Oren sunkist [2 biji]

1 sk Serbuk Pati Ayam MAGGI

1 sk gula atau secukup rasa

1 sk minyak bijan (jika suka)

2 sk tepung jagung dicampur dengan 2 sb air-kacau sebati

1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon]

2 biji tomato, dipotong berbaji

pasli & cili merah


Cara menyediakan:

1. Buat hirisan pangkah di atas permukaan daging ayam.

2. Perapkan ayam dengan Pati MAGGI dan lada hitam selama 10 minit.

3. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung

4. Goreng terendam ayam hingga kekuningan dan toskan.

5. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 sudu besar dalam kuali.

6. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan A dan masak hingga mendidih.

7. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung.

8. Potong ayam ke kepingan yang disukai dan senduk sos ke atasnya.

9. Hias dengan hirisan oren, tomato, pasli dan cili.


0 comments: