9:16 PM Posted In Edit This 0 Comments »

SPAGHETI AYAM


Bahan-bahan:

1 peket spageti - direbus bersama 1 sk minyak

1 tin sup tomato

1 tin cendawan butang - belah 4

1 batang carrot - potong dadu

2 biji bawang besar - potong dadu

3 biji tomato muda - potong dadu

200 gm daging/ayam cincang Ramly

1 sk serbuk lada hitam

4 ulas bawang putih - cincang halus

1 sb aregano herb

butter/minyak masak

Gula dan garam secukup rasa


Cara menyediakan:

1. Panaskan butter/minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga ia wangi.

2. Masukkan daging dan kacau rata supaya daging ayam tidak berketul2.

3. Masukkan sup tomato dan setengah cawan air dan biarkan mendidih.

4. Apabila mendidih, masukkan carrot, tomato buah, cendawan, lada hitam, gula dan garam.

5. Kacau rata dan biarkan sehingga agak pekat baru masukkan aregano herb dan kacau rata.

6. Bila telah pekat angkat dan letakkan atas spagheti yg telah di letakkan dalam pinggan.

7. Taburkan keju parmesan


0 comments: