10:24 PM Posted In Edit This 0 Comments »

SANDWICH AYAM MAYONNAISE

Bahan-bahan:

1kg daging ayam (isinya sahaja)

3 batang celery (dihiris tipis)

1 biji lada capsicum (dihiris tipis)

1 biji bawang Jepun (dipotong dadu)

1 sb cuka apple cider atau jus lemon

4 sb serbuk lada hitam

3 atau 4 sb mayonnaise


Cara menyediakan:

1. Isi ayam direbus hingga empuk. Bila sejuk, buang kulit dan lemaknya dan potong tipis-tipis. toskan.

2. Gaul semua bahan. Keadaannya tidak boleh terlalu basah atau terlalu kering. Jika terlalu kering., tambah sedikit mayonnaise. Rasa, kalau ada apa-apa yang kurang boleh ditambahkan lagi.

3. Bila hendak makan, sapukan ke roti. paling enak jika digunakan roti Perancis yang sederhana, belah dua, sapukan sedikit mentega kemudian lapiskan inti yang disediakan tadi ke sebelah permukaan roti itu.

4. Aturkan diatasnya, dua atau tiga hiris tomato, timun dan lettuce, kemudian tangkupkan roti.

0 comments: