10:18 PM Posted In Edit This 0 Comments »

AYAM GAJUS (Chinese Style)


Bahan-bahan:

500 gm daging ayam dipotong dadu
125 gm gajus
4 ulas cendawan kering
1/2 biji cili capsicum hijau }dihiris dadu
1/2 biji cili capsicum merah }dihiris dadu
3 ulas bawang putih dicincang

1 sk gula

1/2 sk garam

2 sk tepung jagung

2 tangkai daun bawang } di hiris

minyak kacang untuk menumis


Bahan Sos:

1/2 sk garam

1 sk kicap cair

1/4 sk serbuk lada sulah

1 sk tepung jagung

Semua bahan sos dicampurkan dalam satu mangkuk kacau sekata

Cara menyediakan:

1. Rendam cendawan hingga lembut dan potong 4 segi kecil.

2. Campurkan tepung jagung, gula dan garam bersama ayam.

3. Panaskan minyak kacang dalam kuali dan goreng gajus hingga kuning. Keluarkan gajus dari kuali.

4. Masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng hingga masak. Keluarkan ayam. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan hanya dalam 1 sudu besar sahaja.

5. Masukkan bawang putih , goreng hingga naik bau kemudian masukkan semua capsicum dan cendawan

6. Masukkan sos, goreng sekejap sehingga pekat kemudian masukkan ayam, gajus dan daun bawang.
7. Kacau seketika dan bolehlah dihidangkan

0 comments: