9:24 PM Posted In Edit This 0 Comments »

PERTAL AYAM


1/2 ekor ayam - potong kecil2 - lumur dengan garam dan kunyit


Bahan-bahan A:(dikisar/ditumbuk)

2 sb cili kisar

3-4 ulas bwg putih

3-4 ulas bwg merah

2 cm halia


Bahan-bahan B:

1/2 sk jintan kasar

1/2 sk biji sawi

10 helai daun kari

2 sb susu cair

2 sb kicap pekat

Air secukupnya

Air asam jawa secukup rasa

Garam, gula secukup rasa

1 biji bwg besar - potong 6

2-3 biji kentang - potong nipis - goreng

Daun ketumbar/daun bawang &daun sup - hiris halus


Cara menyediakan:

1. Ayam digoreng hingga masak tetapi jgn terlampau garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bahan A & B hingga wangi dan garing. Masukkan sedikit air.

3. Kecilkan api kemudian masukkan bahan2 perasa, susu cair, kicap pekat serta air asam jawa.

4. Sesuaikan rasa kemudian masukkan ayam, bawang besar serta kentang goreng. Kacau hingga sebati.

5. Padam api, masukkan ke dlm pinggan hidangan dan taburkan daun ketumbar

0 comments: