1:02 PM Posted In Edit This 0 Comments »


Gulai Daging

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
2 sudu besar sos tomato } kalau kurang masam boleh tambah sesudu lagi
1/2 cawan susu cair
1 mangkuk kecil bawang goreng - diramas hingga hancur lebih sedap guna bawang goreng sendiri drp ready made
2 biji kentang } potong 2 atau 4 mengikut saiz kentang
2 sudu besar kerisik
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah gulai nasi minyak } campurkan dgn sedikit air panas jadikan pes
minyak utk menumis


Bahan kisar:
6-8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan tumis:
2 kuntum bunga lawang
2.5 cm kulit kayu manis
2 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga

Cara menyediakan:
Campurkan bahan kisar bersama sos tomato, cili kisar, bawang goreng yg telah diramas dan pes rempah gulai.
Panaskan minyak, masukkan bahan tumis..apabila naik bau masukkan bahan2 rempah yg telah dicampur tadi
Kacau sehingga pecah minyak, masukkan daging dan air secukupya.
Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang.
Bila kentang hampir empuk masukkan susu cair dan garam secukup rasa
Reneh seketika boleh lah diangkat


0 comments: