1:00 PM Posted In Edit This 0 Comments »


Kerutub ayam

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam – basuh bersih dan dipotong kecil
  • 1 cawan pati santan
  • 3 sb rempah kerutub (saya guna rempah kerutub cap Jam)
  • 5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar – dihiris/kisar
  • 2 ulas bawang putih – dihiris/kisar
  • 1 inci halia - dihiris/kisar
  • 1 sb kerisek
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai – diketuk



Cara menyediakan:

1. Tumiskan bawang merah, putih, halia dan serai sehingga garing.

2. Masukkan rempah kerutub. ( rempah ini dicampurkan terlebih dahulu dgn sedikit air dan gaul rata)

3. Bila sudah pecah minyak. Masukkan ayam. Biar sekejap. Masukkan air jika nampak kering sangat.

4. Bila ayam sudah empuk, masukkan pati santan tadi. Tambahkan air sedikit.

5. Kacau selalu supaya kuah masak sekata. Masukkan asam keping.

6. Masukkan kerisek. Biar lagi sehingga betul2 masak (mendidih)
Sebelum tutup api, masukkan tomato dan garam secukup rasa.

0 comments: