11:57 AM Posted In Edit This 0 Comments »


Puding Sagu Gula Melaka


Bahan-bahan:
300gm sagu (dibersihkan & ditos)
1 ltr air
2 cawan pati santan (diperah dengan air sejuk yang telah dimasak)
120gm gula melaka
60gm gula pasir
100 ml air
3helai daun pandan

Cara menyediakan :
1. Masukkan sagu dgn 1 ltr air, masak hingga mendidih(hingga semua sagu menjadi jernih)
2. Tapis sagu tadi untuk membuang airnya. Lalukan air (bilas) atas sagu yang ditapis. Toskan sekejap.
3. Tuang ke dlm bekas/acuan berbentuk. Biarkan sejuk dan ia akan menjadi kental.
4. Masak gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan. Biar hingga semua gula larut dan mendidih serta pekat sedikit. Tapiskan & biarkan sejuk. Siap...
5. Untuk menghidang, sendukkan/potong adunan sagu tadi dan masukkan ke dalam mangkuk kecil, tuangkan santan serta air gula.Kacau sekata dan bolehlah dimakan...

Tip: sedap dimakan setelah disejukkan dalam peti ais atau boleh juga ditambah ketulan ais.

0 comments: