12:55 PM Posted In Edit This 0 Comments »


STEW AYAM


Bahan-bahan:
• 500 gm ayam
• 5 ulas bawang merah/kecil
• 2 ulas bawang putih mayang halus
• 2 cm halia
• 2 tangkai daun sup - dihiris nipis
• 2 tangkai daun bawang –dihiris nipis
• 1 sudu kecil kicap cair
• 1 biji cili merah...mayang
• 1 batang carrot - potong kecil
• 1 biji tomato - belah 6
• 1 sk tepung jagung - dibancuh
• 1/2 cawan air
• 1 sk lada hitam
• 1 sk minyak bijan
• garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
3. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
4. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
5. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
6. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti putih.

0 comments: