1:08 PM Posted In Edit This 0 Comments »


PAPRIK AYAM


Bahan-bahan:
• ½ ekor ayam - dipotong kecil2
• 4 ulas bwg merah - ditumbuk
• 2 ulas bwg putih - ditumbuk
• 1 labu bwg besar – dihiris bulat2
• 2 btg serai - diketuk
• 2 biji buah tomato - dipotong 4
• 5 biji cili padi ( kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
• 2 biji limau kasturi - diambil jusnya
• 5 helai daun limau purut - carik-carikkan/buang urat tengah
• bunga kobis, kacang buncis/panjang, carot dan jagung muda – dipotong kecil2
• sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis,bahan2 perasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air.
4. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang,
perahkan limau kasturi.

0 comments: