2:01 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Homemade Chicken Chop

Bahan-bahan:
2 kepingan dada/peha ayam dibuang tulang-dipenyek-penyekkan dagingnya biar leper
1 sudu kecil serbuk paprika
2 sudu besar sos lea n perrins
sedikit garam
sedikit lada hitam
sedikit tepung gandum
i biji telur dipukul sedikit
sedikit serbuk roti
minyak utk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Lumurkan ayam dengan paprika, sos lea n perrin, garam, lada hitam n tepung, perap utk beberapa jam.
2. celupkan ayam ke dalam telur dan roll dlm serbuk roti..pastu boleh goreng terendam sampai kekuningan
3. angkat dan toskan minyaknya..

Hidangan sampingan:
coleslaw
kentang goreng/baked in jacked/whipped potatoes n gravy
hirisan timun, salad n tomato
jagung rebus

Sos Lada Hitam

bahan-bahan:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara menyediakan:
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.


KENTANG PUTAR (MASHED POTATO)

Bahan-bahan:
3 biji kentang
1/4 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus di dalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
2. Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas.
3. Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, serbuk lada hitam dan mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
4. Sedia untuk dihidangkan

Coleslaw

Bahan-bahan:
1/2 cawan mayonis atau campuran mayonis dgn sour cream/salad cream
kobis bulat hijau - dihiris halus
kobis bulat purple - hiris halus
carrot- dihiris halus [ siket pun dah cukup]
i biji bawang besar - dicincang kasar
daun bawang - dihiris halus (optional)

sedikit biji sawi - disangrai
hirisan lemon
sedikit lada hitam
garam n gula secukup rasa[bergantung kepada mayonis]

cara menyediakan:
campurkan semua bahan sayuran berhiris berserta sos, lada hitam n biji sawi..gaul rata
perahkan limau sket..perisakan garam gula
siappp...sedap dimakan apabila disejukkan

tips: sayur tu boleh simpan dlm peti sejuk dlm bekas bertutup kalau lambat nak digunakan..sosnya boleh bancuh berasingan [mayo+biji sawi+lemon+lada hitam+ garam gula] dan sejukkan jugak..gaul rata apabila nak makan.

0 comments: