1:03 PM Posted In Edit This 0 Comments »


AYAM GORENG LENGKUAS

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (± 1 kg), potong menjadi 8 bahagian
  • 1 batang serai, diketuk
  • 2 lembar daun salam (bay leaf)
  • 4 cm lengkuas – diparut/dimesin kering
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan yang dikisar

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji buah keras
  • air asam jawa (campuran dari 2 sdm asam jawa & ¼ cwn air)
  • sedikit kunyit basah
  • garam dan gula secukupnya



Cara menyediakan:

1. Campurkan potongan ayam dengan bahan yang telah dimesin dan lengkuas parut dan gaul sampai rata.

2. Dalam sebuah kuali melengkung (sebaiknya guna kuali non-stick), masukkan campuran potongan ayam ini dengan daun salam dan serai. Biarkan diatas api sederhana hingga ayam setengah masak. Angkat dan toskan airnya.

3. Bersihkan kuali tadi dan panaskan minyak untuk mengoreng. Goreng ayam sampai kecoklatan. Angkat dan hidangkan dengan taburkan bumbu2 yg telah garing digoreng bersama ayam tadi.

0 comments: