11:04 AM Posted In Edit This 0 Comments »


Ayam Goreng Halia

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 8
Garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
5 camca besar minyak masak
4 cm halia muda
3 batang serai, dititik
2 camca besar gula pasir
5 camca besar air
3 camca besar sos tiram
3 camca besar sos tomato
1 biji bawang besar
Sedikit daun bawang
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
sedikit daun sup

Bahan kisar
10 biji cili merah
1 camca besar lada sulah
9 biji bawang merah
7 ulas bawang putih

Caranya menyediakan

1. Perap ayam yang digaul bersama garam dan kunyit semalamam.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak, ketepikan.
3.Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan halia muda yang telah dihiris halus dan kacau sebentar.
4.Masukkan serai bersama garam dan gula serta air dan kacau lagi.
5.Masukkan sos tiram bersama sos tomato, bawang besar yang dimayang dan ayam, kacau sebati hingga mendidih.
6.Tabur cili hiris bersama daun sup dan sedia untuk dihidangkan

0 comments: