9:54 AM Posted In Edit This 0 Comments »



Roti Sardin

Bahan-Bahan
100 gm sardin
4 sudu kuah sos tomato di dalam sardin
7 tangkai cili padi - dihiris
1 ulas bawang putih - dicincang
1 ulas bawang merah - dicincang
1 labu bawang besar - dihiris
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar minyak
Sedikit serbuk lada hitam dan garam
4 keping roti sandwic putih

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak goreng sardin sebentar, angkat dari kuali
dan tumis bawang putih cincang hingga wangi, masukkan
cili kisar.

2. Masukkan sardin dan hancurkan dengan senduk, tuangkan
sosnya kacau sebentar. Masukkan pula hirisan bawang besar.
Perisakan dengan garam serta percikkan serbuk lada hitam
tumbuk mengikut rasa.

3. Padamkan api dan masukkan cili padi kacau rata dan angkat dari
dapur. Potong keliling roti. Isikan inti sardin dan gulung kemas-kemas.
Jika suka dipotong menjadi gulungan kecil.

0 comments: