Politik Sana Sini....rakyat jadi mangsa
12:10 PM Posted In isu politik Edit This 0 Comments »
Melihat kepada gelagat dan telatah orang politik dimana sahaja, contoh terbaru apa yang berlaku di Perak, amat memualkan rakyat umum. Rakyat tahu disebalik laporan-laporan yang tersirat itu amat banyak lagi yang terselindung dan tidak tersingkap. Rakyat tidak lagi melihat apa yang berlaku, tetapi sebab apa sesuatu peristiwa itu berlaku. Betapa pun ditutup, tidak akan mengubah perasaan rakyat umum yang menganggap terdapat berbagai muslihat disebaliknya.
Tindakan-tindakan dalam politik sering dikaitkan dengan tektik kotor atau bermain kotor. Orang politik tidak mengira kesan jijik yang dilihat oleh rakyat. Apa yang penting bagi orang politik ialah mencapai matlamat politik. Semua cara adalah halal. Memang itulah yang diajarkan dalam politik yang sumber ilmu politik itu adalah Yahudi. Apa akan terjadi sekiranya rakyat umum muak, bosan dan benci terhadap politik begini? Samada BN mahupun PR memakai tektik yang sama. Sama-sama jahat politik.
Resah dan keluh kesahnya rakyat umum di terima sambil lewa dan acuh tak acuh oleh orang politik. Kalau adalah bancian dan statistik nescaya semua pehak terkejut bahawa dalam tempuh lima tahun terakhir ini paling banyak berlaku demonstrasi. Sebenarnya bukan tiada saluran atau tidak tahu saluran, tetapi itulah tandanya keluh kesah rakyat. Namun bagitu perasaan rakyat siapa yang mahu peduli. Kekosongan jiwa rakyat itu siapa yang mahu memenuhinya.
Apa sebenarnya yang rakyat mahu? Rakyat mahukan pemimpin yang bersikap umpama ayah dan ibu kepada mereka. Pemimpin yang membawa kasih sayang. Pemimpin yang menjadi penyelamat, pembela dan penghibur melalui kasih sayang. Mahukan pemimpin yang memimpin rohaniah mereka serta memenuhi kehidupan mereka. Mahukan pemimpin yang benar-benar mampu menggandingkan material dan spiritual, seiring membangun tamadun material dan rohaniah. Barulah kepuasan hidup rakyat dapat dipenuhi. Rakyat mahukan pemimpin yang benar-benar baik, bersih dan bertaqwa yang Tuhan bantu dan tolong segala urusannya. Segala urusan rakyat Tuhan mudahkan. Makmur segala hasil bumi. Tenteram semua manusia dari gejala sosial. Inilah tanda berkat dari Tuhan

0 comments:
Post a Comment