9:50 AM Posted In Edit This 0 Comments »



Sardin Masak Kicap

Bahan-bahan
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
5 ulas cili padi
kicap
1 tin sardin

Cara
1. Asingkan ikan sardin dari sos nya. Goreng ikan sardin dalam minyak. Minyak jgn banyak sangat. Goreng ikan sardin hingga garing sedikit. Keluarkan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili padi ( jika suka pedas ) yang telah dihiris halus dalam minyak yang panas. Setelah naik bau, masukkan sos ikan sardin tadi.
3. Biarkan sebentar. Kemudian masukkan kicap manis. Biarkan selama 2 minit atas api. Masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi.
4. Gaul hingga rata. Angkat dan sedia dihidang.

0 comments: