10:28 AM Posted In Edit This 1 Comment »






Capati dicicah dengan Sambal Sardin


bahan-bahan (capati)
- 3 cawan tepung atta berserat tinggi.
- sesudu kecil minyak sapi
- 3/4 cawan air (atau ikut kelembutan adunan)

Cara Membuat Doh:
Gaul sekata tepung atta dan minyak sapi,
masukkan air perlahan2 gaul dan uli sehingga menjadi doh,
bulat-bulatkan adunan sebesar bola ping pong untuk doh (boleh dapat dalam 15 doh)
masukkan dalam bekas dan tutup, biarkan dalam 1 jam.
kemudian bolehlah dicanai menggunakan rolling pin. Panaskan kuali leper. (tapi jangan letak minyak masakan walau sedikit pun sebab capati memang dimasak tanpa minyak).

Tips: Untuk mengekalkan kelembutan capati sehingga petang umpamanya, capati boleh disimpan didalam bekas bertutup supaya sentiasa panas dan lembut spt bekas tupperware.


Bahan-bahan (sambal sardin)
1 tin besar sardin
sesenduk cili kisar
3 biji kentang - dikopek & potong bentuk baji atau bentuk yang anda suka
6 urat kcang panjang (dipotong pendek-2cm)
6 ulas bwg merah]
2 ulas bwg putih] Bahan2 ini ditumbuk halus
15 biji cili padi]
1 labu bawang besar- dihiris
sedikit air asam jawa
Minyak utk menumis
sedikit air utk kuah
garam

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk halus serta cili kisar sampai masak/garing. Masukkan sedikit air.
2. Masukkan kentang masak biar sampai empuk.
3. Masukkan 1 tin sardin berserta sosnya. Masukkan air asam jawa, kacang panjang, bawangbesar yg dihiris dan garam.Boleh ditambah sedikit air ikut kepekatan kuah yang kita mahukan. Biarkan mendidih.
4. Siap...bolehlah dihidangkan dan makan capati bercicahkan sambal sardin kentang.

Selamat mencuba...ini resepi keluarga turun-temurun tau...Sedap!!!!!!!!!