6:20 AM Posted In Edit This 0 Comments »

KUETIAW KERANG

Bahan-Bahan:
500 gm kuetiaw
300 gm isi kerang
1 ikat daun kucai [dipotong 1 inci ]
1 cawan tauge
1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]
3 sb cili mesin
4 ulas bawang putih [ketuk]
4 sb kicap manis
2 sb sos tomato
2 sb air
1 biji tomato [potong kecil]
sedikit minyak
Garam dan gula

Cara menyediakan:
1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kicap. Kacau rata.
3. Masukkan kerang, tomato sos dan air. Kacau rata.
4. Masukkan kuetiaw, tomato buah, tahu, taugeh dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
5. Hidangkan dengan lada jeruk

Lada Jeruk

Bahannya:
cili hijau [ hiris kasar]
gula secubit
garam secukup masin
cuka secukup terendam cili

Cara :
1. Basuhkan dan toskan cili.
2. Rendamkan semua bahan dalam botol kaca atau balang kecil.
3.Simpan untuk semalam.
4. Bila nak makan hanya ambil cili.

0 comments: