1:14 PM Posted In Edit This 0 Comments »

KUIH PUTERI MANDI

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut - ayakkan
air daun pandan
1 sk air kapur
1/2 biji kelapa muda - diparut
1/2 cawan gula melaka
gula pasir secukup manis
daun pandan disimpulkan
air secukupnya
garam

Cara menyediakan:
1. Ambil tepung pulut dan dibancuhkan dengan air daun pandan, air kapur, garam dan
2. Buatkan saperti doh onde-onde.
3. Sediakan periuk berisi air dan simpulan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih.
4. Buatkan sebola kecil dan penyetkan ditengahnya supaya leper [tujuan cepat masak]
5. Masukkan bebola kecil dalam periuk berisi air panas dan biarkan ia timbul.
6. Bila sudah timbul, angkat dan masukkan dalam mangkuk yg berisi air [supaya bebola tidak melekat sesama sendiri]
7. Dalam periuk lain masukkan 1/2 cawan air, gula melaka, gula pasir dan masakkan sehingga mendidih dan pekat.
8. Masukkan kelapa muda dan bebola kecil tadi.
9. Kacau rata dan boleh hidangkan.

0 comments: