5:19 AM Posted In Edit This 0 Comments »

POPIA GORENG BERCILI


Bahan-bahan:
kulit popiah ready made secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 sb tepung gandum + 3 sb air dibancuh sebagai gam kulit popiah

Bahan Inti:
200 gm udang [hiris kecil ]
1 batang carrot kecil [sagat/potong halus ]
1 mangkuk kobis [racik halus]
5 batang kacang panjang [potong halus]
1 tangkai cili merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [racik]
1 ulas bawang besar
1 sb minyak
garam

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan carrot, Kacau rata.
3. Masukkan kobis, kacang dan garam. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
5. Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kuih gulung atau ketayap.
6. gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
7. gorengkan dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
8. Bila telah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
9. Hidangkan dengan kuah cili sos.

Bahan cili:
2 sb cili mesin
1 ulas bawang putih ] tumbuk hancur
2 sb cili sos
2 sb cuka
1 sb gula
3 sb minyak
garam
bijan [jika suka]

Cara menyediakan:
1. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan sehingga pekat.dan naik minyak.
2.. Masukkan popiah goreng tadi dan taburkan bijan.
3. Kacau rata dan angkat.
4. Hidangkan.

0 comments: