8:02 PM Posted In Edit This 1 Comment »

KUIH LOMPANG

Bahan A:
2 cawan tepung beras
1/2 sk kapur [bancuh dan tapis]
Kelapa muda diparut gaul dgn sikit garam

Bahan B [masak sehingga mendidih dan tapiskan]
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
4 cawan air

Cara menyediakan:
1. Bancuhkan tepung dgn air kapur yg ditapis.
2. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata.
3. Panaskan cawan kecil dalam kukusan.
4. Tapiskan adunan kedalam teko untuk memudahkan dituangkan kedalam acuan kecil.
5. Kukuskan kuih selama 20 minit.
6. Sejukkan kuih.
7. Cungkilkan perlahan, keluarkan dan taburkan kelapa parut diatasnya .