9:23 AM Posted In Edit This 0 Comments »

UDANG GORENG TEPUNG


Bahan-bahan ( satu famili )

1 kilo udang (sederhana besar)

1 1/2 cawan tepung kek (self raising flour)

1 sudu besar serbuk kunyit

2 biji telur

sedikit air

sedikit garam


Cara menyediakan:

1. kopek kulit udang (tinggalkan bahagian ekornya), cuci dan toskan airnya.

2. sementara itu, gaul sebati telur, garam, serbuk kunyit, tepung dan sedikit air. Agak2 pekat, jangan terlalu cair.

3. celupkan udang dan goreng secara deep fry hingga kekuningan.

4. Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan sos Thai/sos cili

0 comments: