10:04 PM Posted In Edit This 0 Comments »
MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

Bahan A:
1 kg siput sedut [potong belakangnya..basuh dan toskan]
2 cawan santan cair ]
2 cawan santan pekat ] 1 biji kelapa
1 biji ubi keladi [potong kecil dan rebus...dan toskan]
1 helai daun kunyit [koyakkan]

Bahan Mesin:
20 tangkai cili api (ikut pedas)
3 ulas bawang kecil
garam
serbuk kunyit

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan didihkan perlahan-lahan sehingga mendidih.
2. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih sekali lagi.
3. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

0 comments: