5:48 AM Posted In Edit This 0 Comments »

MEE KARI

Bahan-bahan:
500gm mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan akarnya]
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil:
Tahu [gorengkan] – dihiris nipis
Daun bawang & daun sup
Cili merah/hijau
Limau kasturi/limau nipis
Telur rebus – dibelah 2

Bahan Kuah:
1/2 kg kerang...direbus
2 biji kentang – dipotong kiub
200 gm udang
10 biji fish ball (belah 2)
2 keping fish cake [potong nipis]
4 sb cili mesin
3 sb rempah kari
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
15 helai daun kari
minyak
garam
gula

Bahan mesin:
1 inci halia
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin bersama cili mesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan sedikit air dan kentang. Masak hingga kentang empuk
3. Masukkan isi kerang, udang, fish cake, fish ball dan santan. Juga garam dan gula.
4. Lepas tu masukkan sawi dan daun kari..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

0 comments: