6:08 AM Posted In Edit This 0 Comments »

MEE SIZZLING

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
100 gm daging ayam (dipotong kecil-kecil)
100 gm udang [buang kulit]
1 sb lada hitam (tumbuk)
3 cm halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk])
300 gm sawi(dipotong)
100 gm kobis [potong kecil]
1 batang carrot [potong kecil
4 s/b cili sos
5 sb kicap manis
5 sb sos tiram
2 cawan air
1 sb tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
2 biji telur
Minyak secukupnya untuk menumis
cili merah - dihiris
limau kasturi atau limau nipis

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
3. Masukkan air, sos tiram, kicap dan cili sos. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kobis dan carrot.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sawi.
6. Bila mendidih masukkan telur.
7. Biarkan masak tuangkan atas mee yang telah dicelur.
8. Hidangkan dengan cili merah dan limau nipis.

0 comments: