6:05 AM Posted In Edit This 0 Comments »

BIHUN SINGAPORE

Bahan-Bahan:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
200 gm daging [hiris nipis dan rebus lembut]
200 gm sotong [hiris kecil]
200 gm kucai [potong pendek]

Sedikit sawi [potong pendek]
250 gm kobis [racik halus]
1 batang carrot [sagat ]
3 sb minyak
garam dan gula
air

Bahan tumbuk:
1 s/b lada hitam
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Bahan hiasan/tabur:
1 biji telur [buat dadar dan hiriskan]
2 biji cili merah [mayang halus]

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukan daging dan kacau rata. Biar hingga daging empuk.
3. Bila nampak masak masukkan sotong, kobis, carrot, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan daun kucai dan sawi.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam dan gula.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.

0 comments: