5:44 AM Posted In Edit This 1 Comment »

MEE BANDUNG MUAR

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)

20 ekor udang sederhana besar
1 cawan udang kering [direbus dgn 1 cawan air, toskan (ambil air rebusan), blend udang keringnya]
3 sb cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar sos tiram

2 cawan air
2 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah 4)
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

gula

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan udang kering yg diblend, kacau sekata dan biarkan sekejap.
2.. Masukkan air rebusan udang kering dan 2 cawan air, biarkan hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tiram & garam dan gula. Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang, biar mendidih sekejap dan masukkan telur (jangan kacau utk elakkan telur hancur)

5. Masukkan sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutup api dan hidangkan bersama bahan hirisan (cili merah/hijau, daun sup/bawang,tomato, bawang goreng).