1:05 PM Posted In Edit This 0 Comments »

SERABAI BERSAMA AIR GULA DURIAN

Bahan-bahan: (Serabai)
500 gram tepung beras
300 gram nasi (Kisar bersama sedikit air)
1 1/2 biji kelapa (gunakan air suam utk memerah santan, jadikan 1 liter)
1 1/2 sudu kecil mauripan / Baking Soda
Garam secukup rasa

Cara menyediakan (Serabai):
1. Campurkan mauripan/ baking soda dengan santan suam.Kacau sebati dan campurkan kesemua bahan serabai hingga sebati dan peram sehingga 2 jam.(kecairan bancuhan sama seperti membuat kuih cara)...Kalau nak lagi mudah masuk kan saja dalam blender.dan blend hingga hancur dan halus.
2. Panaskan acuan serabai dan sapukan sedikit minyak.
3. Masukkan adunan 3/4 penuh ke dalam acuan serabai dan masak hingga adunan masak di atas api kecil.Buat hingga habis adunan.

Bahan-bahan (Air gula durian)
1 cawan gula perang
2 cawan santan
Isi durian atau lempok secukupnya
Garam secukup rasa
2 Helai daun pandan (diikat)

Cara menyediakan: (Air Gula Durian)
Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat.
Siap utk hidangan

0 comments: