6:02 AM Posted In Edit This 0 Comments »

MEE GORENG MAMAK

Bahan-bahan:
500 gm mee kuning
100 gm daging )
100 gm fish cake ) hiris nipis
100 gm fish ball )
4 keping kuih cucur udang )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil]
3 sudu cili mesin
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau [hiris nipis]

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang , cili dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake, fish ball dan kuih cucur udang. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.

0 comments: