8:04 PM Posted In Edit This 0 Comments »

PULUT INTI DURIAN

Bahan-bahan: Pulut
3 cawan pulut [basuh dan rendamkan]
3 1/2 cawan santan
sedikit garam

Beberapa helai daun pisang – dilayurkan atas api dan dipotong segi empat

Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

Bahan-bahan: Inti Manis Durian
1/2 biji kelapa muda [parut]
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
3 ulas durian

2 helai daun pandan [simpulkan]

Masukkan semua bahan dalam kuali [kalau boleh..gunakan kuali non-stik] dan masakkan sehingga inti agak kering.

Cara menyediakan:
1. Ambil sedikit pulut kepalkan dan letak ditengah-tengah daun pisang
2. Ambil inti dan letak diatas pulut.
3. Bungkus/balut daun pisang (seperti bungkus nasi lemak)
4. Siap dan bolehlah dihidangkan.

0 comments: