5:54 AM Posted In Edit This 0 Comments »

MEE LADNA

Bahan-Bahan:
500gm mee kuning
100 gm udang [buangkan kulitnya]
100 gm sotong [dipotong]
100 gm isi ayam [dipotong]

2 ulas bawang putih (dicincsng)

4 ulas bawang merah (dicincang)
kacang peas

bunga kobis
carrot
capsicum merah dan hijau [potong panjang]
1 sk lada hitam
1 biji telur
air secukupnya
sos tomato
sos tiram
Minyak masak
daun bawang & daun sup [racik]
bawang goreng

Sedikit garam dan gula

Cara menyediakan:
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.
2. Masukkan ayam, udang dan sotong
3. Masukkan air, sos tiram, tomato sos, lada hitam dan carrot.
4. Bila mendidih masukkan telur dan kacau supaya hancur.
5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. Masukkan garam dan gula.
6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng.

0 comments: