9:52 PM Posted In Edit This 0 Comments »

RENDANG KERANG

Bahan-bahan:
1 kg kerang [rebus dan ambil isi]
1 biji kelapa [2 cawan santan pekat]
2 sb kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin:
20 tangkai cili kering – direndam
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 cm kunyit hidup

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak
2. Masukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
3. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan isi kerang. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti kerang akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.

0 comments: