9:36 AM Posted In Edit This 0 Comments »

KETAM BERCILI


Bahan-bahan:
1 kg ketam bunga (bersihkan)
serbuk kunyit
Garam
Minyak yang banyak untuk menggoreng ketam

Bahan A:
10 tangkai cili kering (rendam & kisar)
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 cm halia
2 batang serai

Bahan B:
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap

Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Cara menyediakan:
1) Bersihkan ketam dan gaulkan dengan kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ketam dengan terendam hingga masak.
2) Kisarkan bahan A. Dalam mangkuk lain gaul sebati bahan B.
3) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan A hingga naik bau. Masukkan pula bahan B. Masak hingga sedikit pekat. Masukkan ketam. Gaul sebati dan angkat utk hidangan.

0 comments: