5:59 AM Posted In Edit This 0 Comments »

MEE HAILAM

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning
100 gm daging [hiris nipis]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang

1 sb cili mesin

1 sk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 sb lada hitam
3 sb kicap pekat
3 sb sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam dan gula

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan cili mesin sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan tepung jagung . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur.
Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan. Masukkan mee dan kacau sekejap.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

0 comments: