11:24 PM Posted In Edit This 0 Comments »

APPLE MUFFIN
Resepi asal Apple Strudel Muffins

Bahan A:
300 gm tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1 sk serbuk kayu manis [cinnamon]
sikit garam
190 gm green apple dadu kecil
2 sb kismis
2 sb coklat chips

115 gm butter
100 gm gula kastor
100 gm gula perang
3 biji telur
1 sk vanilla

Cara menyediakan:
1. Pukulkan butter , gula, dan telur sehingga sebati. Masukkan esen vanilla.
2. Ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk kayu manis.
3. Masukkan epal dadu, kismis dan coklat chips. Gaulkan rata.
4. Masukkan dalam adunan butter dan gaulkan dengan senduk kayu.
5. Sudukan adunan dalam papercup dan bakar dalam pre-heat oven pada suhu 180'C selama 25 minit.
6. sejukkan dan hiaskan mengikut kesukaan sendiri.

0 comments: