7:32 PM Posted In Edit This 0 Comments »

RENDANG DAGING DENDANG PERANTAU


Bahan-bahan (UNTUK 4-5 ORG):
700 g daging lembu (batang pinang) } dihiris
4 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit } dihiris halus
4 helai daun limau purut }hiris halus
3 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa
sikit gula merah jika suka
minyak utk menumis

Bahan yang perlu dikisar :

15 tangkai cili kering
15-20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
3 cm lengkuas

2 cm kunyit hidup
3 batang serai
2 biji buah keras

Cara menyediakan:
1. Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air)
2. Panaskan minyak tumiskan bahan kisar.
3. Kacau hingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkan daging, santan, kerisik dan asam keping.
5. Renehkan sambil sesekali kacau Apabila hampir kering masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula
6. siap untuk dihidangkan.

0 comments: