10:19 PM Posted In Edit This 0 Comments »

POPIAH SARDIN


Bahan-bahan:
kulit popia saiz besar
1 biji telur [pukul sikit]
1 tin kecil sardin [hancurkan]
1 cawan kobis [mayang halus]l
1 labu bawang besar [cincang]
1 biji cili merah [cincang]
minyak untuk menggoreng
garam

Cara menyediakan:
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan sardin dan sayur kobis.
3. Masak sehingga layu dan rasakan garamnya.
4. Angkat inti dan masukkan dalam mangkuk bertapis supaya minyak turun.
5. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak dan gulungkan.
6. Buat begini sehingga habis.
7. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing. Setelah itu angkat dan toskan minyak.
6. Hidangkan dengan cili sos.


Sos Cili

Bahan-bahan:
3 biji cili merah
1 sb cili mesin
1 ulas bawang putih
1 sb cuka
gula dan garam
1 sk tepung jagung

[Mesinkan semua bahan dan didihkan sebentar].

0 comments: