2:08 PM Posted In Edit This 0 Comments »

MURTABAK SEGERA

Bahan-bahan: ( 6 keping )
100 gm daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit daun sup
sedikit minyak
1 sk garam
kulit popia
2 biji telur

Cara menyediakan:
1. Mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. kemudian tumiskan bawang tersebut.
2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam . jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk.
4. Akhir sekali masukkan daun sup.
5. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
6. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat.
7. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak
8. Siap untuk dihidangkan bersama kari atau dalca

0 comments: